Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Bagaimana Idea Uber Terhasil

Kisah Uber bermula pada tahun 2008 apabila pengasas, Travis Kalanick dan Garret Camp, menghadiri persidangan LeWeb di Paris. Travis Kalanick dan Garrett Camp, berkawan lama, mengadu tentang perkara-perkara buruk yang terpaksa dihadapi dalam kehidupan, termasuklah mencari teksi apabila terpaksa membawa beg di dalam hujan dan pada masa itu tiada teksi yang berhenti.

Kedua-dua pemuda ini telah membuat sessi “brainstorming”, memikirkan cara untuk menyelesaikan isu yang dianggap global bagaimana mendapatkan kereta di tempat yang betul, pada masa yang tepat. Pada masa kajian tersebut, hanya dua perkara yang difikirkan iaitu penyelesaian harus berbentuk “mobile”, cepat dan tunggangan bermula dari garaj peribadi Jay Leno.

Pada masa itu Garrett  yang mengeluarkan beberapa idea, beberapa prototaip penyelesaian dan merekabentuk aplikasi mobil untuk iPhone. Ianya tidak mengambil masa yang lama sebelum Travis turut bekerja dengan Garret yang akhirnya dikenali sebagai, Uber. Masa cepat berlalu dan pada Januari 2010, Uber telah menguji beberapa kereta di bandar New York untuk menguji prestasi perkhidmatan itu. Dengan hanya beberapa buah kereta dan hanya sedikit orang yang mengetahui tentang perkidmatan ini, Uber terbukti menjadi pilihan. Tidak lama selepas itu, bandar San Francisco bersetuju untuk menjadi tuan rumah perlancaran Uber, dan yang lainnya adalah sejarah. Dari kesukaran mendapatkan perkhidmatan teksi, akhirnya tercetuslah idea untuk mewujudkan Uber. Anda bagaimana, adakah anda menghadapi masalah pengangkutan.

Sharing is caring!