Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Dari Penjual Kereta Kepada Penjual Barang Ganti

Suatu masa dulu, saya rajin bersama dengan sahabat melepak di kedai menjual kereta di Bangsar. Kalau ada masa lapang, rajinlah juga melepak dan borak dengan pengurus di situ. Maka kenallah beberapa penjual kereta disitu.

Pelbagai ragam penjual dan aktiviti menjual dilakukan. Kebanyakannya sibuk menjual kereta kepada korporat memandangkan kereta yang dijualnya ada alah jenis 4 wheel drive. Nak harap walk in customer, payahlah sikit sebab kawasan situ bukannya tempat laluan trafik pejalan kaki.

Dalam dok borak, kawan saya bertanya khabar salah seorang salesman yang sudah lama tidak datang bekerja. Dikatakan kawan tersebut sudah berhenti kerja. Lalu kawan saya bertanya, sekarang dia buat apa ? Dikatakan dia sudah menjadi usahawan menjual “spare part ” kereta. Terkejut juga sebab sudah tukar produk jualan dari kereta ke spare part kereta.

Kawan kawan dikalangan salesman disitu memberitahu, kawan tersebut boleh dikatakan berjaya kerana dia banyak menjual spare part kereta kepada pelanggan yang membeli kereta darinya dulu. Rupanya dia nampak peluang disitu.

Dia telah menyimpan database setiap kali dia menjual kereta ke syarikat korporat dan individu. Dari situ dia mula berkongsi dengan pelanggannya, tentang spare part kereta yang ditawarkan. Dia tidak mempunyai masalah untuk menjual spare part kereta,sebab pelanggannya sudah mengenali dia dan dia banyak menawarkan spare part kereta jenama yang sama.

Dari dia menjual kereta yang pulangannya tidak tetap tetapi dengan menjual spre part kereta, sudah pasti setiap kereta memerlukan penukaran spare part selalu. Untuk permulaan, dia hanya memperkenalkan  kepada pelanggannya sahaja sebelum meluaskan jaringan kepada pelanggan lain. Dia nampak peluang disitu. Tambahan pula dia kenal pula dengan pembekal yang dapat membekalkan spare part tersebut. Kepakaran beliau tentang kereta jenama tersebut tidak dinafikan sebab sudah lama menjual kereta jenama tersebut,maka tidak sukar baginya untuk memberi nasihat kepakaran tentang spare part yang sesuai.

Oleh itu, kita sebagai penjual sepatutnya boleh nampak peluang lain yang ada hanya melalui kerjaya sedia ada. Cuma kita perlu berfikir diluar kotak sedikit sahaja. Dari menjual kereta bertukar kepada menjual spare part kereta, ia merupakan satu idea untuk mendapatkan niche lebih spesifik dari niche yang umum.

Fikir fikirkanlah …….

 

Sharing is caring!