Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Idea Tentang Niche

Masih buntu dalam mendapatkan idea. Jangan kita terlalu mendesak dan memaksa otak berfikir untuk mendapatkan idea. Lapangkan fikiran dan tenang. Jangan kalut kalut.

Nak mencari niche ni,jangan sekadar memandang kepada trend terkini. Nanti tak terkejar kita sebab trend ni selalu berubah ubah dengan pantas. Bila jumpa dengan orang yang digelar sifu, salah satu soalannya mesti bertanya,apakah produk hot sekarang. Bila dia kata produk hot sekarang tudung, berlumba lumbalah orang menjual tudung. Last last kelaut juga. Lepas tu,salahkan sifu yang bagi idea. Tak habis habis salahkan orang.

Kita yang baru post satu artikel menjual produk tudung,dah harapkan sale giler giler. Mana boleh jalan macam tu. Bila sifu kata sekarang trend menjual di Instagram, pakat ramai ramai jual di Instagram. Penuh lah pulak gambar produk di dalam Instagram. Dah penuh sampah berbentuk gambar produk di dalam post anda.

Nak lebih bagus, post gambar selfie yang bermulut muncung, muka glow, nak tunjuk cantik untuk menarik perhatian follower. Kalau dah muka cantik tu,kira boleh tarik perhatian follower, tapi bagaimana dengan yang lain. Kira nak jual produk ke atau nak jual muka. Nak kata ada ilmu yang bermenafaat dalam post anda, belum tentu lagi. Nampaknya konsep memasarkan dalam Instagram dah macam tak kena dah. Tapi itu yang pasaran hendak.

Maafkan saya berceloteh sikit. Ini saya bagi sikit idea untuk memudahkan anda memikirkan idea untuk niche. Anda boleh tanya pada diri anda persoalan berikut yang mungkin dapat membantu melahirkan niche dan mungkin niche itu tengah trend,mana kita tahu.

  1. Anda ingin menjual produk atau servis
  2. Anda ingin menjual produk khusus kepada wanita atau lelaki atau pelajar
  3. Anda ingin menjual kepada yang bekerja atau yang mencari peluang
  4. Anda ingin menyelesaikan masalah orang

Itu antara sedikit persoalan yang boleh ditanyakan pada diri. Dari situ,kembangkan lagi idea sehingga anda mendapat idea. Biar banyak idea tetapi tertumpu.

Fikir fikirkanlah…

 

 

Sharing is caring!