Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Membuka Bengkel Motorsikalnya Sendiri

Di dalam sebuah kampung di salah sebuah negeri dimana, salah seorang anak di dalam satu keluarga tidak berminat untuk meneruskan pembelajaran di sekolah. Anaknya berminat dengan kerja kerja baiki motorsikal.

Untuk meneruskan minat anaknya, si bapa tersebut telah berjumpa dengan tauke sebuah bengkel motorsikal di kampung tersebut. Si bapa telah meminta kebenaran untuk membenarkan anaknya bekerja tanpa gaji dan memberi peluang anaknya untuk belajar baiki motorsikal di kedai tersebut.

Segala perbelanjaan anaknya di kedai tersebut akan ditanggung oleh si bapa.  Buat permulaan, anak tersebut belajar cara membuka tayar motorsikal. Berkat dari minat tersebut, sianak sudah mahir dalam membaiki motorsikal.

Akhirnya si anak tersebut telah membuka bengkel motorsikalnya sendiri dan tauke tempat si anak bekerja tersebut telah membantu membekalkan barang ganti. Selain dari itu, jika kedai tauke tersebut tidak mampu melayan pelanggan untuk membaiki motorsikal, tauke itu akan menawarkan pelanggan kepada si anak tersebut.

Tauke kedai tersebut cukup berbangga dengan kejayaan anak buahnya sehingga berjaya membuka bengkel motorsikalnya sendiri.

Siapa kata tanpa pembelajaran di sekolah, tiada masa depan. Cukup sahaja dengan minat dan rajin belajar, akhirnya membuahkan kejayaan.

 

Sharing is caring!