Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Pengesahan Produk Untuk Pasaran – Kisah Penjual Kenaf

Usahawan kenaf dari Kedah mula menjual kenaf di negeri Selangor khusus untuk kegunaan penggemar kucing. Maka usahawan ini akan mula ke kedai kedai haiwan untuk mempromosikan produknya. Kaedah yang digunakan hanyalah kaedah “consignment” dengan tujuan untuk menguji permintaan pelanggan yang datang ke kedai haiwan. Sekiranya produk tersebut, disahkan oleh pelanggan,maka produk kenaf boleh memasuki pasaran.

Disini peranan pemilik kedai haiwan amat amat diperlukan untuk mengesyorkan produk kenaf ini kepada pelanggan mereka. Sekiranya pemilik kedai tersebut tidak bertindak, apa apa barang sekali akan gagal diketahui oleh pelanggan.

Di dalam mengesah sesuatu produk tersebut, berjaya menembusi pasaran, peranan pemilik produk, pekedai dan pelanggan amat amat diperlukan. Tanpa sokongan dari ke tiga tiga jaringan ini, produk tersebut mungkin akan gagal dipasarkan. Bagaimana peranan pemilik produk menawarkan pakej yang menarik kepada pekedai yang akan menjadi wakil jualan. Bukan sekadar meletak barang tanpa ada promosi atau kempen untuk mendedahkan kepada pelanggan tentang kewujudan produk baru ini. Begitu juga dengan pekedai, sudah pasti inginkan satu pulangan atau kebaikan jika produk ini terjual. Tentang pelanggan pulak, sudah tentukan perlu memberi maklum balas kepada pekedai samada produk tersebut memenuhi kehendak pelanggan itu sendiri.

Maklumbalas ini amat perlu agar pemilik produk dapat memperbaiki produk tersebut agar memenuhi kehendak pasaran. Bukan sekadar syok sendiri dan berharap produk tersebut diterima oleh pasaran.

Sharing is caring!