Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Siapa Saya

Saya hanyalah insan biasa yang melayari kehidupan sementara di dunia ini sebelum menutup mata. Tiada yang berharga dari diri insan kerdil seperti saya. Tiada kejayaan yang gah untuk dikongsikan. Itu semua adalah anugerah dari Ilahi.

Semua luahan dan perkongsian di dalam blog ini adalah dari hati dan pengalaman yang saya tempuhi walaupun pahit sekalipun. Turun naik dalam kehidupan adalah satu ujian dan perjalanan dalam kehidupan. Semua manusia akan menghadapinya. Cuma bagaimana kita menangani setiap permasalahan kehidupan.

Siapa saya,tidaklah penting. Yang penting adalah apa yang saya cuba kongsikan di dalam blog ini, dimana ia mungkin dapat membantu dalam kehidupan mahupun perniagaan. Saya bukan selayaknya digelar sifu sebab diluar sana,lagi ramai yang pakar dan otai dalam perniagaan serta layak dipanggil sifu. Saya hanya berkongsikan realiti dan pandangan dalam kehidupan dan perniagaan yang saya sendiri rasai.